Bagi Makan Pun Kena Tegur… Nina Iskandar Rim4s Netizen Masuk C4mpur Cara Besarkan Rizqin “Dia Anak Saya, Awak Jaga Awak Punya 0kay”

TINDAKAN segelintir netizen di laman sosial memberikan cadangan dan teguran mengenai penjagaan anak mengundang rasa kurang senang pelakon Nina Iskandar.

Dalam hal ini, Nina berkata dia dan suami mempunyai cara tersendiri membesarkan bayi mereka iaitu Muhammad Aaryan ar-Rizqin yang kini berusia tujuh bulan.

“Jangan ajar saya macam mana nak besarkan anak saya, awak ada cara awak dan saya juga ada cara sendiri.

“Jika satu hari nanti saya mahukan pendapat anda, saya akan tanya. Sekarang ini biarlah Rizqin makan apa sahaja dia mahu, buat apa sahaja dia mahu.

“Lagipun dia anak saya, awak jaga awak punya okay… sila hadam mak-mak!,” katanya menerusi Instagram.

Luahan Nina di Instagram.

Sebelum menulis pandangannya ini, Nina ada memuat naik video pengalaman pertama memberikan makanan jenis pepejal kepada anak lelakinya itu.

Bagaimanapun, ada pengikut menegur makanan yang diberikan oleh Nina itu tidak sesuai untuk bayi di bawah usia setahun.

Luahan Nina itu menerima pelbagai komen daripada pengikut dan rata-ratanya bersetuju dengan pandangan pelakon drama Setelah Cinta Itu Pergi ini.

Nina ada cara tersendiri dalam membesarkan anak pertamanya itu.

“Saya pun selalu kena situasi macam ini, kadang-kadang hilang sabar juga sebab semua salah apa kita buat, suka hatilah anak kita, takkan kita nak jahanamkan anak sendiri.

“Betul tu, anak masing-masing lantaklah nak bagi makan apa pun, ikut suka hati la tak payah sibuk… bagi pendapat pun kena tengok orang juga. Apa la!,” komen pengikut.

Nina dan Mohd Azlan Adzanan mendirikan rumah tangga pada April 2019 dan dikurniakan cahaya mata sulung pada 23 Disember tahun lalu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: mStar

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri