Pelantikan Bukti Kerajaan Tidak Diskriminasi Jantin4 Azalina

Pelantikan wanita buat pertama kali dalam sejarah negara bagi memegang jawatan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat secara tidak langsung membuktikan kerajaan Malaysia tidak mendiskiriminasi jantina, kata Datuk Seri Azalina Othman Said.

Sebaliknya, Ahli Parlimen Pengerang yang baru dipilih untuk jawatan itu, berkata ia membuktikan bahawa kerajaan hanya melihat pada kelayakan.

“Saya lihat ini satu pendekatan baik bagi Malaysia. Sebelum ini kita tahu bahawa pernah ada Timbalan Speaker wanita di Dewan Negara …kini di Dewan Rakyat.
“Saya harap ini akan jadi langkah permulaan …mungkin pada masa-masa akan datang ada speaker (wanita) untuk kedua-dua Dewan,” katanya pada sidang media di bangunan Parlimen, di sini, hari ini.

Azalina dimasyhurkan sebagai Timbalan Yang Dipertua dewan berkuat kuasa hari ini  selepas namanya dicadang Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi menggantikan Ahli Parlimen Teluk Intan Nga Kor Ming yang meletak jawatan.

Azalina mengakui berlaku ketegangan antara Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang pada persidangan Dewan Rakyat hari ini, bagaimanapun beliau berharap setiap Ahli Parlimen sedar tanggungjawab masing-masing di Parlimen.

“Jika kita tahu yang kita mewakili rakyat, jadi mari bincangkan tentang isu-isu rakyat.
“Kita ada rang undang-undang mengenai COVID-19,  terdapat banyak undang-undang yang kita perlu teliti supaya negara boleh terus maju …harap semua Ahli Parlimen yang mewakili kawasan masing-masing bincangkan semua perkara ini,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber : Bernama

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri