Kenapa Tawar Bayaran Terlalu Rendah Selepas PKP Nam Ron Luah Hasrat Nak Bersara “Saya Rasa Pihak Pr0duksi Dah Mula Main Game”

AKTOR senior Nam Ron meluahkan rasa kecewa dengan bayaran yang ditawarkan beberapa pihak produksi kepadanya sejak aktiviti penggambaran dibenarkan semasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Nam Ron, 51, menerusi video yang dimuat naik di saluran YouTube miliknya berkata dia menolak ketiga-tiga tawaran berikutan bayaran yang terlalu rendah berbanding pernah diterimanya sebelum pandemik Covid-19.

“Seperti semua orang tahu produksi dah boleh mula untuk turun ke lokasi penggambaran.

“Saya nak kongsi tentang apa yang berlaku lepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Nam Ron akui kecewa dengan layanan pihak produksi terhadap para pelakon.

“Ada tiga produksi menghubungi saya dan beri tawaran berlakon dan saya tolak ketiga-tiganya,” katanya.

Pelakon filem One Two Jaga ini merasakan kebanyakan pihak produksi mahu mengambil kesempatan terhadap situasi yang sedang berlaku.

Katanya, tawaran yang rendah itu mungkin menjadi rebutan segelintir artis yang sudah lama tidak bekerja dan terdesak untuk mendapatkan wang.

“Sebab saya tolak tawaran ini adalah bayaran yang mereka tawarkan terlalu rendah. Jauh beza dengan sebelum pelaksanaan PKP.

Mereka tahu ramai pelakon yang terdesak untuk bekerja.

NAM RON

PELAKON SENIOR

“Saya tak tahu kenapa ia berlaku. Mungkin waktu PKP, tiada langsung produksi yang dibenarkan menjalani penggambaran. Jadi, dalam tempoh tiga bulan tak ada aktiviti penggambaran… kebanyakan pelakon tidak bekerja.

“Saya rasa pihak produksi sudah mula main game. Maknanya, mereka tahu pelakon-pelakon ini dah lama tidak bekerja jadi semua orang terdesak untuk mendapatkan kerja.

“Jadi, di sini mulanya permainan harga, bayaran pun mereka mula turunkan,” jelasnya.

Tambahnya, dia juga menerima rungutan daripada rakan-rakan artis senior lain yang ditawarkan dengan bayaran tidak berpatutan.

Nam Ron mempersoalkan tindakan pihak produksi yang menawarkan bayaran rendah kepada pelakon selepas PKP.

Nam Ron mempersoalkan mengapa perkara ini terjadi berikutan tiada pemotongan bajet yang dilakukan mana-mana stesen televisyen dalam penggambaran drama atau filem.

Dia turut meluahkan rasa kecewa sehingga membuatkan dia terfikir untuk bersara dari dunia lakonan.

“Saya rasa itu sangat mengecewakan diri saya dan saya rasa ramai lagi pelakon yang macam tu. Saya jumpa kawan-kawan yang juga merupakan pelakon senior mengadu perkara sama.

“Persoalannya sekarang kenapa ia berlaku? Kami nak penjelasan kenapa benda ini berlaku.

“Sedangkan kita tahu stesen televisyen dah ada bajet yang ditetapkan untuk drama atau filem.

“Tiada pemotongan dari segi bajet yang diberikan stesen televisyen… jadi kenapa tawaran itu jadi lebih rendah hingga saya rasa macam nak bersara dalam bidang lakonan,” ujarnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: mStar

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri