“Penampilan Bukan Untuk Dipuji Tapi Jaga A!b Suami” Lisdawati Belajar Gaya Fesyen Muslimah

PELAKON Lisdawati mengakui berdepan cabaran dalam memastikan imej dan penampilannya mengikut tuntutan syariat Islam.

Menurut Lisdawati, 42, apa sahaja digayakan bukan sekadar mengikut fesyen semata-mata, sebaliknya perlu menjaga aib suami dan keluarga.

“Proses untuk belajar gaya baharu sebagai muslimah memang agak mencabar bagi orang macam saya.

“Tetapi saya selalu bercakap dengan diri sendiri, jaga penampilan bukan sebab nak cantik dipuji tetapi nak jaga aib suami, ayah dan saudara lelaki di akhirat kelak… jaga sebab nak Allah SWT sayang,” katanya menerusi Instagram.

Isteri kepada pelakon Fauzi Nawawi ini muncul dengan imej tudung sejak tahun 2013.

Lisdawati belajar berfesyen.

Dalam perkembangan lain, Lisdawati merupakan antara enam personaliti yang terpilih sebagai ikon kempen Jom Celik Al-Quran yang dianjurkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bersama Institut Pengajian Al-Quran (IPAQ), baru-baru ini.

Meskipun sibuk dengan pelbagai aktiviti harian, Lisdawati berkata dia tetap meluangkan masa membaca Al-Quran setiap hari.

“Alhamdulillah saya membaca Al-Quran setiap hari dan akan pegang Al-Quran walaupun untuk membaca satu muka surat atau satu surah. Tapi biasanya mesti surah yang sama iaitu Al-Waqiah, Al-Mulk, Ar-Rahman, Yassin dan Al-Kahfi.

Lisdawati antara ikon kempen Jom Celik Al-Quran.

“Syukur Alhamdulillah kita semua boleh mula baca Al-Quran bagi yang jarang membaca… program ini akan diadakan sepanjang bulan September hingga November ini.

“Saya nekad dengan program ini saya akan lebih rajin lagi untuk menghabiskan bacaan Al-Quran dengan bimbingan dan tunjuk ajar dari ustaz atau ustazah yang mengajar. Saya seru kepada semua untuk bersama dengan saya kita mengaji Al-Quran!,” ujarnya.

Selain Lisdawati, selebriti lain ialah Zila Bakarin, Adam Corrie Lee dan Heliza Helmi turut dipilih sebagai ikon untuk kempen berkenaan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: mStar

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri