Jalaludin Hassan J4tuh T4ngga Di Set Penggambaran “Kami Terkejvt Dengar Dia Tiba-Tiba Menj3rlt”

MALANG tidak berbau. Itulah yang terjadi kepada pelakon Datuk Jalaludin Hassan yang terj4tuh ketika hendak turun tangga di set lokasi penggambaran drama Jalan Sesat Ke Syurga pada malam, Jumaat.

Menurut pelakon Elizad, dia yang baharu sampai ke set penggambaran itu terkejut apabila terdengar suara Jalaludin yang tiba-tiba menjerit sekuat hati.

“Waktu itu saya baru sahaja sampai di set penggambaran dan insiden itu berlaku dalam rumah. Mungkin keadaan di tangga itu agak gelap sebab tak buka lampu lagi.

“Tiba-tiba saya dan semua yang ada di luar rumah itu terdengar suara Datuk Jalal menjerit ‘Allah’ sekuat hati. Memang terkejut, kami berlari masuk ke dalam rumah dan lihat ibu jarinya berd4rah.

Elizad kongsi perkara itu di Instastory miliknya.

“Datuk Jalal jatuh sebab terlepas nak langkah tiga anak tangga. Tapi saya pun tak berapa pasti macam mana insiden itu berlaku,” kata Siti Elizad ketika dihubungi mStar pada Sabtu.

Sebelum ini, Elizad atau nama sebenarnya Siti Elizad Mohamad Sharifuddin, 36, berkongsi video ambulans di Instastory miliknya dengan memberitahu Jalaludin jatuh tangga ketika penggambaran.

Bagaimanapun usaha untuk mendapatkan kenyataan Jalaludin gagal apabila aktor itu tidak membalas mesej.

Elizad dan Aaron Aziz antara pelakon yang bekerjsama dengan Jalaludin dalam drama tersebut.

Dalam pada itu, Elizad berkata, Jalaludin tidak mengalami keceder4an yang teruk dan dia hanya diminta pulang ke rumah untuk berehat sebaik sahaja mendapat rawatan.

“Selepas melihat ibu jari dia berd4rah, kami pun terus la hubungi ambulans. Datuk Jalal tak dibawa ke hospital tapi terus dirawat di lokasi kejadian.

“Alhamdulillah… dia tidak mengalami sebarang kecederaan yang serius. Mula-mula itu dia nak sambung juga penggambaran tapi kami semua minta dia balik rumah berehat sahaja.

“Tapi saya tak pasti macam mana keadaan dia sekarang ini tapi semalam Alhamdulillah dia nampak okay sahaja selepas dirawat,” ujarnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: mStar

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri