“Terima Kasih La Yuna, Awak Tweet Lagu Anak Acik” Muka Pemuzik ‘Baru Nak Up’ Merah Pad4m Dapat Pujian, Ibu Dalam Diam Pr0mote Karya Anak

BERMULA dengan minat secara suka-suka, bakat seorang pelajar dari Sungai Buloh, Selangor dalam bidang muzik semakin mendapat perhatian.Terbaharu, lagu berjudul On My Own yang dicipta Aumeel Ilham Firdaus Mohd Sham, 18, turut menarik perhatian penyanyi tempatan yang kini menempa nama di peringkat antarabangsa, Yuna.Mesra disapa Mel, dia mengakui terkejut apabila menerima notifikasi di Twitter dan menganggapnya sebagai batu loncatan untuk mara lebih jauh pada masa akan datang.

“Masa tu saya memang terkejut. Sejujurnya sangat gembira. Lepas tengok Yuna tweet pasal lagu saya, terus tunjuk pada mak dan ayah.

“Macam saya manusia paling happylah masa tu, rasa terharu dia pandang pemuzik seperti saya. Kalau ada rezeki teringin juga nak bekerja dengan Yuna atau Joe Flizzow,” ujarnya kepadanya.

Menerusi Twitter, Yuna memberi pujian terhadap muzik dan visual yang dipersembahkan dalam lagu tersebut yang didendangkan Mel bersama seorang lagi penyanyi rap dikenali sebagai Eemrun.

Mel mula menulis lagu sejak berusia 16 tahun.

“Mashallah bestnya music and visuals. Well done,” tulis penyanyi lagu Terukir Di Bintang itu.

Bercerita mengenai dirinya, Mel berkata dia mula mencipta lagu sejak berusia 16 tahun.

Sekadar suka-suka di laman Instagram, dia mula berkenalan dengan seorang penulis lagu dan produser, Pyanix sebelum mula menulis lagu secara serius.

Kadang-kadang, keluarga nampak macam tak ambil kisah. Tapi dalam diam-diam mereka promote muzik saya.

AUMEEL ILHAM FIRDAUS

“Dia nampak video saya di Instagram, saya rap lagu sendiri. Dari situ saya mula serius buat lagu.

“Dalam koleksi saya setakat ni sudah ada hampir 10 lagu, tapi lagu On My Own yang paling mendapat perhatian.

“Itu belum termasuk dengan lagu-lagu yang saya buat dengan orang lain,” ujarnya yang bergerak sendiri tanpa bernaung di bawah mana-mana syarikat rakaman dan pengurusan.

Posting promosi yang ditulis ibu Mel di Facebook.

Melihat dirinya sebagai penyanyi ‘indipendent’ dalam genre Alternatif Hip-Hop, Mel juga tidak melupakan pelajaran apabila memperoleh keputusan 5A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun lalu.

Malah kata Mel, dia turut mendapat sokongan ahli keluarga termasuklah ibunya, Noorhasliza Azhari, 44, yang membuat promosi secara terbuka untuk memperkenalkan bakatnya.

“Kadang-kadang, keluarga nampak macam tak ambil kisah. Tapi dalam diam-diam mereka promote muzik saya. Saya terharu tengok mak tulis pasal lagu saya di Facebook.

Mel (kanan) bersama ahli keluarganya.

“Mereka juga banyak sokong saya. Saya pegang kepercayaan keluarga. Buat bersungguh-sungguh dalam bidang muzik tapi jangan abaikan pelajaran.

“Alhamdulillah, saya juga akan sambung pelajaran dalam bidang Pengurusan Makanan Halal di Politeknik Sabak Bernam, Selangor pada 6 Ogos depan,” ujarnya yang pernah berkolaborasi dengan penyanyi Yonnyboii sebelum ini.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: mStar

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri