Aaisyah Menari Lagu Blackpink TikTok, Che Ta Ditegur Tak Pandai Jaga Anak “Daripada Kecil Kita Nak Ajar Jangan Terkinja-Kinja Macam Tu”

TEGURAN netizen supaya tidak mengajar anak bermain aplikasi TikTok mengundang rasa kurang senang pelakon Rozita Che Wan.

Ujar Rozita, dia tidak perlu mengajar anak perempuannya Aaisyah Dhia Rhana untuk menggunakan TikTok, sebaliknya perkara itu dipelajari seiring dengan perkembangan semasa.

“Alahai tak payah la diajar TikTok ni,” komen seorang netizen di Instagram Aaisyah.

“Tak payah ajar… budak-budak zaman sekarang semua ceqedik (cerdik),” balas pengendali akaun Instagram Aaisyah yang dipercayai Rozita sendiri berdasarkan gaya bahasanya.

Isu ini bermula apabila Aaisyah, 5, memuat naik video dia sedang menari lagu How You Like That nyanyian kumpulan Kpop terkenal Blackpink.

Teguran seorang netizen di ruangan komen perkongsian itu.

Beberapa netizen turut menyokong teguran yang diberikan dengan mengatakan ibu bapa perlu lebih bijak dalam membesarkan anak-anak.

“Ya, budak-budak sekarang cerdik, tapi ibu bapa kena lebih cerdik untuk bimbing anak.

“Walaupun budak-budak lagi… walaupun kecil lagi, memang comel. Tapi daripada kecil la kita nak ajar jangan terkinja-kinja macam tu. Anak dah sedia lawa, comel dan cantik belaka… tak buat semua tu pun lagi lawa. Maaf ya, cuma nak kongsi pendapat.

Rozita bersama suaminya, Zain dan anak mereka.

“Dah dapat anak sempurna sifat, salah didik pula. Tak takut ke akibatnya?” komen beberapa netizen.

Rozita, 47, dan Zain, 36, mendirikan rumah tangga pada 11 Disember 2013 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Aaisyah yang kini berusia enam tahun.

Rozita turut mempunyai dua anak lelaki iaitu Ammar Affendy, 24, dan Aniq Ezzra, 22, hasil perkahwinan pertamanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: mStar

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri