Dapat Mesej Pelanggan Nak Beli P0wer Bank, Peniaga Tiba-Tiba Kena Layan Mas4lah Pakwe-Makwe “Dia Mer4juk Dengan Saya Atau BF”

SEORANG penjual power bank dikejutkan dengan mesej yang diterima daripada salah seorang pelanggannya yang tiba-tiba mengadu mengenai masalah dengan teman lelaki.

“Sebenarnya BF (teman lelaki) nak belanja. Tapi dia nak beli sendiri, lecehlah. Nak alasan saya haihh… tak mau ah macam ni. Biar dia… nak merajuk,” ujar pelanggan wanita itu menerusi aplikasi WhatsApp yang kemudian dikongsikan di laman Twitter.

“Kurang perhatian dari BF, lepas kat seller (penjual) pun okay hahaha,” komen seorang netizen yang menyifatkan perkongsian tersebut sebagai melucukan.

Mengenai posting itu, penjual berkenaan, Nur Aidil Hidayah Azizi berkata, wanita tersebut pada awalnya menghantar mesej seperti pelanggan lain, memberitahu mahu membeli power bank.

Mesej yang diterima Aidil daripada seorang pelanggan wanita.

Wanita berusia 22 tahun itu menjelaskan bahawa dia juga melayan pelanggan itu seperti biasa sebelum dia secara tiba-tiba berat hati membuat keputusan untuk membeli.

“Selalunya pelanggan macam ni kalau tak decide (putuskan) lagi nak beli atau tak, saya bagi dia masa. Tapi tiba-tiba dia cerita pasal boyfriend dia nak belanja power bank.

“Dia tanya saya, BF dia ada WhatsApp saya tak. Dan memang betul BF dia ada WhatsApp saya tanya pasal power bank,” katanya kepada mStar.

Aidil menjual powerbank sejak 2018.

Lebih mesra disapa Aidil, dia beranggapan kedua-dua bakal pelanggan itu bergaduh dan difahamkan wanita tersebut baru berpindah rumah.

“Jadi, dia tak nak bagi BF dia tahu alamat baru dia. Itu andaian saya saja. Kedua-dua mereka main tarik tali untuk beli power bank.

“Yang jadi masalah sebab butiran untuk saya post power bank tu saya tak dapat. Sebab yang perempuan tak nak bagi alamat pada BF dia,” katanya.

Aidil menganggap mesej tersebut sebagai melucukan.

Aidil yang menjual power bank sejak 2018 memberitahu, dia sebenarnya tidak mahu campur tangan dalam hal peribadi pelanggannya.

“Macam-macam jenis perangai pelanggan saya jumpa. Yang hanya chat pakai emoji pun ada. Tapi pasal masalah GF dan BF ni tak pernah, ini baru pertama kali.

“Kelakar sebab dia nak merajuk. Yang ni saya tak tahu dia nak merajuk dengan saya atau BF dia hahaha,” ujarnya secara berseloroh.

Saya okay je sebab memang tugas seller layan pelanggan walau macam mana pun. Tapi jadi kelakar dan keliru bila kena jadi penasihat hubungan.

NUR AIDIL HIDAYAH AZIZI

Anak kelahiran Cheras, Kuala Lumpur ini bagaimanapun menjelaskan bahawa dia sebenarnya tiada masalah untuk melayan kerenah pelanggan.

“Saya okay je sebab memang tugas seller layan pelanggan walau macam mana pun. Tapi jadi kelakar dan keliru bila kena jadi penasihat hubungan. Saya tanya pasal power bank dia jawab pasal BF.

Penyelesaian yang dicadangkan Aidil kepada pelanggannya.

“Apa pun, saya akan sentiasa layan sebab bagi saya, meraih kepercayaan daripada pelanggan itu yang paling penting.

“Lagipun mungkin dia takde tempat mengadu. Apa salahnya jadi good stranger,” ujar anak ketiga daripada empat beradik itu.

Pelajar jurusan perakaunan di Intec Education College di Shah Alam, Selangor itu menyedari ramai netizen yang mahu mengetahui kesinambungan postingnya yang tular.

“Alhamdulillah si BF baru je bank in duit. GF yang mula-mula mesej saya dan saya cadangkan GF bagi detail sebab itu punca mereka gaduh kan,” katanya yang menemui jalan penyelesaian berhubung konflik kedua-dua pelanggannya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: mStar

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri