Ada Persoal 24 Jam Pakai Make Up Di Rumah, Ini Jawab Balas Izara Aishah

Baru-baru ini pelakon, Izara Aishah ada memuat naik foto terbaru bersama anak kesayangan, Irisa Alaia di akaun Instagram miliknya.

Foto yang dirakam suami tercinta itu memaparkan Izara sedang melakukan rutin pam susu dan dia kelihatan masih cantik walau hanya mengenakan baju tidur di rumah.

 

View this post on Instagram

 

📸 my husband.

A post shared by Izara Aishah Adib (@izaraaishahofficial) on


“Captured by my husband,” tulisnya.

Foto tersebut nyata menarik perhatian ramai yang terpegun melihat kecantikan pelakon berusia 27 tahun itu.

Malah, menerusi ruangan Twitter, ada pula individu yang mempersoal sama ada bintang ini tetap mengenakan solekan meski berada di rumah?

“Izara memang makeup 24 hours ke even at home?,” soalnya.

Melihat kenyataan tersebut, ini respon yang diberikan oleh menantu penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza itu.

“Tak sayang. Sosial media bukan realiti,” jawabnya.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen menyifatkan Izara memiliki kecantikkannya yang tersendiri sama ada ketika mengenakan atau menanggalkan make up.

Terdahulu, Izara dan Adib mendirikan rumahtangga pada tanggal 17 November 2017.

Selepas tiga tahun, pasangan tersebut dikurnikan cahaya mata perempuan yang diberi nama Irisa Alaia Muhammad Adib yang dilahirkan pada 15 April 2020.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: Instagram & Twitter Izara Aishah

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri