Berkhidmat 14 Tahun Di Darul Quran, ‘Cleaner’ 0rang Asli Nekad Peluk Islam

Hampir 14 tahun bekerja di persekitaran yang menerapkan pembelajaran agama, seorang pekerja kebersihan kaum Orang Asli telah mengambil keputusan untuk menjadi seorang Muslim setelah terkesan dengan suasana  di Darul Quran.

Hal ini dimuat naik dalam Facebook rasmi Darul Quran iaitu pusat pembelajaran al-Quran yang telah berkongsi kisah menarik seorang pekerja kebersihan yang dikenali sebagai Puan Envis binti Jeboi atau nama Islamnya Maryam.

Masuk Islam dengan rela hati

Dalam  kenyataan yang dibuat Facebook DQ, Puan Envis telah pun memeluk Islam di Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Selangor selepas terbuka hati kerana tertarik dengan agama Allah ini setelah lama berkhidmat di Darul Quran.

Puan Maryam merupakan kaum Orang Asli yang menetap di Kampung Orang Asli Tun Razak Kuala Kubu Bharu dan bertugas di DQ hampir 14 tahun. Kesan daripada itu, dia terbuka hati untuk memeluk Islam setelah tertarik dengan suasana di DQ.

Sehubungan dengan itu, pihak DQ turut mendoakan agar Puan Maryam terus istiqomah dan sentiasa terus mentaati Allah S.W.T.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: Darul Quran Jakim

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri