Gara2 ‘Makcik Gelang Pink’, Pemilik Rest0ran Akui Perniagaan Mula Terjejas

Sejak semalam tular mengenai sekeping foto ‘Makcik bergelang Pink’, yang didakwa merupakan pesakit di bawah pengawasan (PUS) berkaitan wabak koronavirus (Covid-19) makan di sebuah restoran sekitar Ipoh.

Difahamkan, identiti ‘Makcik bergelang Pink’ sudah dikenal pasti, wanita berusia 72 tahun itu sebenarnya diarahkan untuk menjalani kuarantin selama 14 hari selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 4 Julai lalu.

Boleh pulak pergi sarapan dulu

Berdasarkan gambar yang tular itu, dipercayai berlaku pada 6 Julai di sebuah cafe. Wanita berkenaan bersama keluarganya telah tiba dari Selangor untuk sarapan sebelum menjalani kuarantin di rumahnya.

Saringan pertama  mendapati wanita tersebut negatif, dipakaikan gelang tersebut serta diperintahkan menjalani kuarantin, namun pada saringan kedua pada 17 Julai lalu dia dan anak lelakinya telah disahkan positif Covid-19.

Segera buat sanitasi

Sedia maklum mengenai isu tersebut, pemilik restoran yang dikaitkan dengan gambar pesakit terbabit telah menjalankan proses sanitasi di seluruh ruang restorannya sebagai langkah keselamatan.

Menurut pemilik tersebut yang hanya mahu dikenali sebagai Sham, restorannya mengikut prosedur operasi standard (SOP) dengan merekod nama dan mengambil bacaan suhu badan, mendakwa tidak menyedari mengenai status wanita terbabit.

“Berkaitan wanita itu, kami tidak menyedari langsung kerana dia memakai baju lengan panjang sehinggalah gambarnya tersebar kelmarin…”

Orang takut nak masuk kedai

Tambah Sham lagi, tidak dapat dinafikan selepas tularnya gambar itu, perniagaan sedikit terjejas selepas pelanggan kurang datang ke kedainya kerana takut dijangkiti Covid-19.

“Perniagaan dah dua hari ‘slow’. Kami pun faham mesti ada pelanggan yang berasa takut dengan keadaan itu…”

Setakat ini, Sham telah meminta kesemua pekerjanya menjalani saringan dan kini sedang menunggu hasil siasatan daripada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) dan polis.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber : Sinar Harian

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri