Izreen Azminda Dan Ude Muncul Di Mahkamah Syariah… “Jangan Sal4h Anggap, Kami 0key”

KELIBAT pelakon Izreen Azminda dan suaminya Ude Wahid di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada Selasa menimbulkan spekulasi mengenai situasi rumah tangga mereka.

Kehadiran Izreen yang berjubah dan bertudung hitam bersama suaminya membuatkan ada pihak tertanya-tanya apakah tujuan mereka hadir ke mahkamah berkenaan?

berjaya mendapatkan Izreen untuk mengetahui teka-teki kehadiran mereka itu.

Bagimanapun, Izreen ketika dihubungi mStar menafikan perkahwinan mereka sedang dilanda badai.

Izreen berkata dia dan suami hadir ke mahkamah untuk menyelesaikan urusan denda yang dikenakan mahkamah kerana berpoligami tanpa kebenaran pada awal pernikahan mereka ketika Ude masih lagi menjadi suami kepada Intan Liana Saleh.

Izreen bernikah dengan Ude pada 8 Ogos 2017.

“Kami ke mahkamah hanya untuk membayar denda nikah. Tiada urusan lain.

“Jangan salah anggap, kami okey saja,” katanya kepada mStar bagi menjawab teka-teki itu.

Izreen, 35, berkahwin dengan Ude atau Muhammad Radzi Abdul Wahid, 32, pada 8 Ogos 2017 secara rahsia yang ketika itu Ude masih bergelar suami kepada Intan Liana.

Pada 22 Mac 2018, Ude bagaimanapun menceraikan Intan selepas lima tahun berkahwin.

Izreen bernikah dengan Ude pada sebuah majlis tertutup atas permintaan pemuzik itu.

Ude dan Intan mempunyai dua anak iaitu Arish Muqri, 5, dan Ariq Muqri yang berusia tiga tahun.

Manakala Izreen pernah berkahwin dengan jurukamera, Muhammad Riza pada 2012 namun bercerai pada 2014 dan mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Adrian Umar yang berusia tujuh tahun.

Hasil perkahwinan Izreen dan Ude pula, mereka mendapat seorang anak lelaki iaitu Aaron Ibrahim yang kini berusia satu tahun.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: mStar

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri