Selepas putus cinta dengan usahawan kosmetik terkenal, Nur Sajat, nama Coach Yin atau Mohd Tishrin b Mohd Adanan dilihat seakan tenggelam.
Namun, sejak beberapa hari ini, Coach Yin kembali disebut-sebut oleh netizen selepas menemui teman pengganti selepas berpisah dengan Nur Sajat.
Pilih wanita berhijab
Memilih wanita berhijab dan berpenampilan sopan, Coach Yin terlihat romantis apabila menghadiahkan seutas jam buat kekasih hati sambil meninggalkan kapsyen yang panjang di ruangan Instagramnya.
Pandai serba-serbi
Menurut Coach Yin lagi, dia tertarik dengan wanita yang dikenali sebagai Yeen Azmin ini kerana wanita itu seorang yang menjaga solat, pandai masak dan pandai menjaga kanak-kanak.
Perempuan ori lagi cantik
Sehubungan dengan itu, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan memuji kecantikkan teman wanita baharu selebriti Instagram itu yang sememangnya asli.
Mereka juga mendoakan agar hubungan cinta Coach Yin dan teman wanitanya itu berkekalan hingga ke jinjang pelamin.
Semoga ke jingang pelamin
Baru lelaki sejati
Terdahulu, Coach Yin pernah dikaitkan dengan Nur Sajat selepas menjalinkan hubungan cinta dengan usahawan kontroversi tersebut.
Namun begitu, sekitar awal tahun ini, Coach Yin memaklumkan bahawa hubungan mereka terlerai apabila Sajat didakwa sudah mempunyai kekasih baharu yang juga seorang model berasal dari Lubnan.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS
Sumber: Coach Yin
PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri