“Saya Dah Rasa Lemah Kaki, Terkejut Sebab…” Kepala Kena Tunj4l, Isteri Nubhan Buka Mulut

Isteri penyanyi Nubhan Ahamad, Dr. Afifah Hidayah Tawfek mengakui berasa terkejut dengan tindakan awal suaminya yang berkasar sehingga sanggup menunjal kepalanya di tempat awam.

Menurut Afifah, suaminya itu tidak pernah bertindak sedemikian rupa selama ini.

“Selama ini dialah yang selalu ingatkan agar kalau ada apa-apa jangan bergaduh di depan orang sekalipun di depan ahli keluarga lain. Apa-apa katanya tunggu balik rumah.

“Jadi, saya terkejut bila dia tiba-tiba menjerit. Dah lah di tempat umum dan ramai orang. Saya pun reda sahaja bila kena tunjal kepala sebab masa tu dah rasa bersalah kerana hilangkan keretanya sebab kecuaian sendiri,” katanya ketika dihubungi Gempak.

Menurut Afifah, dia tidak pernah terfikir bahawa ia merupakan satu rancangan untuk membuat kejutan sempena ulang tahun perkahwinannya.

“Saya tak terfikir pun itu satu prank. Sebab saya faham yang hilang itu kereta dia. Orang lelaki kalau kereta tu memang sesuatu yang cukup berharga buat mereka.

“Bila dia marah-marah tu, saya tak boleh nak jawab. Saya diam sebab memang teringat dia ada beri kunci kepada saya.

“Saya rasa dah lemah kaki masa tu. Terdetik Allah nak uji saya sampai begini. Masa tu terfikir habislah 30 tahun tak boleh berbelanja ni nak gantikan kereta Mercedez dia,” katanya.


Menurut Afifah ada beberapa babak yang tidak dipaparkan  dalam video penuh prank yang dilakukan suaminya itu.

“Bayangkan saya sampai bertanya orang sana sini bertanyakan ada nampak ke tak kereta.

“Sampailah ahli keluarga datang kata ia satu kejutan. Terus saya menangis. Sebelum tu saya memang dah nak menangis sebab perasaan dah bercampur-baur dengan takut, tapi saya tahan sebab malu kat tempat umum ramai orang,” ceritanya.

Menurut Afifah, biarpun ia merupakan satu prank, insdien tersebut membuatkan dirinya menjadi seorang yang lebih berhati-hati.

“Sekarang ni saya jadi lebih berjaga-jaga dengan barang. Kalau tak, sebelum ni, apa-apa semua sumbat je dalam beg. Lepas ni, saya akan letak elok-elok,” katanya.

Bagaimanapun, kata Afifah, dia sudah memaafkan tindakan suaminya yang terpaksa berkasar demi menjayakan rancangan untuk membuat kejutan tersebut.

Terdahulu, satu video Nubhan mengasari isterinya di sebuah taman rekreasi menjadi perhatian warga net.

Bagaimanapun, selepas beberapa hari insiden tersebut, Nubhan mendedahkan bahawa ia hanyalah satu rancangan untuk membuat kejutan kepada isterinya sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang kelima Ogos depan.

Nubhan berkahwin dengan Afifah pada 29 Ogos 2015.

Hasil perkongsian hidup pasangan itu dikurniakan dua orang cahaya mata, Aafiya Kamilia, 3 dan Ahmad Aaffan yang kini baru berusia setahun.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: mStar

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri