Man Mahu Pot0ng Rambut Utk Nampak Kack Tapi Siap Petik Nama Jep Sepahtu. Sekali Jep Datang Komen

Selepas menjuarai pertandingan Raja Lawak musim ke-5, Man atau nama sebenarnya Abd Rahman bin Kasim mula meniti populariti.

Berasal dari Kuala Lumpur, Man membuktikan rupa bukanlah segala-galanya dan bakat dalam membuat komedi masih boleh diterima ramai.

Kini, akaun Instargramnya juga sudah mengumpul hampir 200 ribu peminat.

Gimik atau perkongsian aktiviti menerusi Instagram Man Raja Lawak antara yang paling mendapat perhatian peminat artis komedi.

Terbaru, Man berkongsi gambar beliau penampilan rambut panjang dengan mengatakan rancangannya untuk memotong rambut.

” Abang baru jer plan nak simpan panjang rambut ni macam Soya_Souya (pelakon dan pelawak Mat Murad bin Mohd Yusof atau dikenali sebagai Soya).

” Tapi ramai pulak yang DM abang suh potong biar nampak hensem kacak bergaya macam Jep Sepahtu, abang pasrah #abgrapuh”

Demikian entri yang dimuatnaik oleh pelakon dan pelawak Man Raja Lawak yang mencuit hati ramai peminatnya.

Sekali Jep Sepahtu komen

Namun apa yang paling mencuri tumpuan, entri Man tersebut turut mendapat reaksi pelakon dan pelawak terkenal Jep Sepahtu.

” Man jangan kelako sangat, takut permenant nanti sepahtu reunion live!” balas Jep

Komen Jep tersebut kemudian mendapat respon dari Man yang membalas ringkas, “Akhirnya!” dan disusuli emoji tanda hati.

Umum mengetahui Jep sebelum ini turut menyimpan rambut panjang.

Walau bagaimanapun, menerusi perkongsian isterinya iaitu Sari Yanti, Jep terlihat kemas selepas memotong pendek kembali rambutnya seperti sebelum ini.

Susulan komen Jep itu juga, rata-rata peminat terus meminta Jep dan ahli Sepahtu lain untuk mengambil Man Raja Lawak sebagai artis jemputan tetap dalam Sepahtu Live.

” Saya setuju ambik ler man jadi parmenant sepahtu reunion. Tambah lagi sorang. permanent kan je terus bro. Nama pun dh MANtap…hehe” tulis Izhar

Sepahtu Reunion Live 2020 adalah satu sitkom yang menampilkan kumpulan pelawak terkenal, Sepahtu dibarisi oleh Jep, Shuib, Pak Ya dan juga Rahim

Mereka dibantu oleh beberapa artis jemputan berlainan bagi setiap minggu bagi menambah seri jalan cerita yang diketengahkan.

Reaksi warganet

Sementara itu Entri yang mendapat lebih 5 ribu tanda suka itu di mana rata-rata peminat meminta Man agar memotong rambutnya agar kelihatan lebih kemas.

Malah ramai yang merindui penampilan Man sebelum ini yang lebih sesuai berambut pendek dan berbadan besar.

” Tapi betol bang ensem kalau abang potong rambot…lagi ramai gugurl DM nanti.. abang gemok lagi hensem lahh” tulis Sam

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber :http://limauais.pw/

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri