Ibu Kepada Arwah Sandra Dianne Ceritakan Apa Yang Anak Dia Minta Sebelum Keluar Dari Rumah

Nor Syakinah ibu kepada Sandra Dianne berkata, pada hari itu anaknya juga meminta baju putih lengan panjang untuk dibawa ke latihan penuh Big Stage 2020 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

“Pagi sebelum dia ke latihan penuh, saya kejutkan untuk dia mandi sebelum air tiada. Selepas mandi dan bersiap, seperti biasa dia akan luangkan masa dulu bersama adiknya.

“Selepas itu dia salam saya dan ayah dia. Sewaktu keluar bilik dia patah balik dan tanya saya jika ada baju putih lengan panjang.

Saya cakap tiada, cuma yang ada hanya inner warna putih. Dia cakap tidak apa. Saya macam tak puas hati, saya cari lagi baju putih di almari lain dan jumpa. Dia pun bawa baju itu. Ketika itu perasaan saya sudah lain.

“Sebelum dia keluar rumah, saya tunggu di ruang tamu dan berikan dia kata semangat untuk buat persembahan terbaik. Dia pun minta saya doakan untuknya. Selepas salam dan pelvk civm, saya pesan untuk memandu berhati-hati.

“Ketika dalam kereta, dia sempat cakap ‘bye mama, jangan lupa tutup ‘gate’. Itulah perbualan terakhir kami,” katanya.

Sandra yang juga penyanyi lagu Hey Kau menghembuskan nafas terakhir di Hospital Putrajaya, pada jam 1 pagi, hari ini.

Menurut Nor Syakinah, jenzah sempat dimandi, kapan dan disembahyangkan di Hospital Putrajaya sebelum dibawa pulang ke kampung halaman di Kg Kauluan, Tuaran, Sabah untuk dikebmikan.

“Sebagai ibu mestilah sedih sebab kehilangan anak yang menyayat hati. Dia hilang sekelip mata.

“Alhamdulillah, segala urusan hari ini dipermudahkan Allah SWT. Semuanya lancar dari hospital sehinggalah tiba di Sabah petang tadi.

“Di hospital jenzah dimandi, dikapn dan disembahyangkan. Setibanya di kampung pun jenzah disembahyangkan sekali lagi,” katanya.

Jenzah selamat dikebmikan di Tanah Perkubran Islam Kampung Kauluan kira-kira jam 6 petang tadi.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber : HMETRO ONLINE/http://transformasi.pw/

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri