Siapa Sangka Dulu 0KU Ini T0kan D4dah, Kini Imam Surau

TIGA tahun menjalani hukvman di Penjara Seberang Perai, Pulau Pinang cukup menginsafkan Nor Effendi Abd Rahim, bekas tok4n d4dah yang seterusnya membulatkan tekad untuk berubah ke arah lebih baik apabila tamat tempoh hukuman itu.

Lelaki berusia 33 tahun itu yang sepatutnya menjalani hukvman penjara enam tahun dan dikenakan 10 seb4tan kerana menged4r d4dah jenis sy4bu di negeri yang juga dikenali sebagai Pulau Mutiara pada 2016. Bagaimanapun nasib menyebelahinya apabila diberikan parol selama setahun, seterusnya dibebaskan tahun lepas.

“Berada di dalam penjara banyak memberi kesedaran terutama dengan adanya pelbagai program keagamaan seperti ceramah oleh ustaz dan ia membuatkan saya mula mendekatkan diri dengan Allah. Sebelum ini solat tidak cukup waktu tetapi kini saya berubah, solat dah cukup, mula mengaji al-Quran dan hampir habis baca tafsir al-Quran dalam tempoh tiga tahun itu.

“Detik yang membuatkan saya terus insaf ketika bercakap di telefon kepada isteri, anak-anak, ibu serta ayah, mereka beritahu tidak ada duit nak makan, sedangkan saya di dalam penjara dapat makan seperti biasa. Saya berdoa kepada Allah supaya dipermudahkan dengan diberi parol supaya dapat balik untuk bersama ahli keluarga seterusnya bantu mereka,” katanya.

Nor Effendi berkata demikian kepada pemberita semasa program santai bersama Orang Diparol (ODP) Akademi Koreksional Malaysia, Langkawi di kediamannya di Kampung Dato’ Syed Nahar.

 

Sebelum ini solat tidak cukup waktu tetapi kini saya berubah, solat dah cukup, mula mengaji al-Quran dan hampir habis baca tafsir al-Quran dalam tempoh tiga tahun itu.

NOR EFFENDI ABD RAHIM

IMAM SURAU

 

Turut hadir Ketua Pengarah Penjara, Datuk Seri Zulkifli Omar.

Nor Effendi yang juga Orang Kelainan Upaya (0KU) fizikal (kec4catan tangan kiri dan masalah pada kaki kiri) tidak menyangka diberi kepercayaan menjadi imam selepas tujuh hari pulang ke kampung.

“Majlis Pengurusan Komuniti Kampung mahu membuka semula surau itu, tetapi tidak ada imam. Mereka kemudian tawarkan kepada saya, dengan ilmu yang diperolehi semasa menjalani hukvman penjara saya galas tanggungjawab itu. Alhamdulillah sudah lebih setahun amanah ini digalas,” katanya.

Nor Effendi kini menjalankan perniagaan roti canai di Pasar Awam Kuah bagi menampung kehidupan bersama isterinya Hidayani Ibrahim, 44, serta tiga cahaya mata berusia antara sembilan hingga 20 tahun.

“Isteri, anak-anak serta ibu bapa sentiasa menyokong saya untuk berubah dan buang perangai lama. Sekarang selepas selesai berniaga, saya habiskan masa bersama keluarga dan duduk di surau. Saya elakkan diri daripada melepak di kedai atau bercampur gaul dengan rakan-rakan lama.

“Berkenaan penerimaan masyarakat, saya akui pada awal mereka sukar terima seorang bekas p3ngedar d4dah berada dalam kalangan mereka, namun ia berubah perlahan-lahan apabila melihat kepada perubahan saya, kini masyarakat sudah boleh terima,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber :Mstar

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri