Lelaki Austria Pec@h Rekod Dvnia, Berendm Dalm 200kg Ais Lebih 2 Jam!

Kalaulah ditawarkan berjuta ringgit untuk catat rekod berdiri dalam ais selama berjam-jam lamanya, korang sanggup tak? Setakat makan ais krim pun sampai brain freeze dibuatnya, inikan pula nak tahan sejuk berendam dalam ketulan ais!

Tapi ada seorang lelaki dari Austria yang berani sahut cabaran itu demi untuk cipta satu rekod baharu.

Dengan hanya berseluar renang, Josef Koeberl masuk ke dalam sebuah kotak khas yang kemudiannya dipenuhkan dengan ais sehingga paras bahunya. The Guardian melaporkan, lebih 200 kilogram kiub ais diperlukan untuk memenuhkan kotak kaca tersebut.

Sepanjang cubaan untuk memecahkan rekod itu, Koeberl hanya berdiri dengan kedua-dua tangannya dirapatkan ke dada — dan mampu bertahan selama 2 jam, 30 minit 57 saat, sekali gus memecahkan rekod lamanya tahun lalu iaitu 2 jam, 8 minit 47 saat.

Tak pasti bagaimana orang lain mampu melakukan apa yang dilakukan Koeberl, namun lelaki itu berkata sepanjang cubaan tersebut — beliau perlu sentiasa memfokuskan kepada emosi positif bagi melawan kesakitan akibat suhu yang terlampau sejuk.

Koeberl berkata, kekuatan mental sebenarnya memainkan peranan besar dalam melakukan cabaran seumpama itu, ditambah pula dengan sokongan daripada orang ramai yang menontonnya ketika itu.

Tahun depan, Koeberl turut merancang untuk melakukan aksi sama sekali lagi di Los Angeles.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber :Lobak Merah

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri