“Ini Keputusan Terbaik Dalm Hidvp” Wanlta Ini Sanggup Cvrang Demi Berkahwin Dengan…

Seorang ibu dua anak di United Kingdom mengejutkan dunia apabila berkahwin dengan sebatang pokok malah akan meraikan ulang tahun pertamanya dengan tumbuhan itu, bulan ini.

Kate Cunningham, 38, sanggup meninggalkan teman lelaki di rumah semata-mata untuk meraikan ulang tahun pertama perkahwinannya dengan pokok berkenaan.

Kate juga telah menukar namanya kepada Elder apabila dia ‘bersatu’ dengan pokok tertua di Rimrose Valley Country Park di Sefton, Merseyside pada September tahun lalu.

Bekas guru itu berkata, mengahwini pokok itu adalah keputusan terbaik dalam hidupnya biarpun seorang daripada anaknya berusia 15 tahun malu dengan tindakannya.

Memetik laporan portal Daily Mirror, berkahwin dengan pokok memberikan dia tujuan baharu.
“Pokok ini akan tetap menjadi keutamaan saya. Pokok membuatkan kita tetap hidup.

“Ia membuatkan saya rasa lebih yakin dengan diri sendiri. Saya tak peduli apa orang lain hendak kata.

Katanya, dia mendapat inspirasi berkahwin dengan pokok selepas mencontohi tindakan seorang aktivis wanita di Mexico untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang pembalakan dan pembukaan tanah haram.

“Saya berharap taktik sama akan menyelamatkan Rimrose Valley Country Park diubah menjadi lebuh raya,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber :Gempak

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri