“Road Tax Pun Sama” Asyik K3na S@man ‘Speedtrap’ Dekat Tempat Tak Pernah Pergi, Rupanya Ada Orang ‘Ciplak’ Kereta

Kerap menerima surat saman speed trap di tempat yang tidak pernah dikunjungi, rupa-rupanya ada pihak yang tidak bertanggungjawab cuba membuat maklumat palsu dan membuat kereta seakan-akan macam kereta pemilik sebenar.

Itu lah yang terjadi kepada seorang pemilik kereta jenis Mazda 6 yang berasal dari Johor setelah dia berjaya menjejaki ‘kembar’ keretanya di Bangi.

Road tax pun sama

Bukan sahaja sama dari segi fizikal, maklumat pendaftaran juga sama sehinggakan ia memberi kesan kepada pemilik sebenar kerana kerap menerima saman speed trap.

Ia mula dikenalpasti apabila saman yang diberikan itu dibuat di tempat-tempat yang pemilik sebenar tidak pernah kunjung.

Sumber: Twitter

Foto ini viral di Twitter dan meraih sekitar 4,400 jumlah perkongsian dan ia telah membangkitkan kebimbangan netizen.

Sumber: Twitter

Ada yang kongsikan pengalaman mereka juga pernah terkena kepada mereka dan orang-orang terdekat mereka.

Bukan kereta klon tapi kereta curi 

Sumber: Twitter

Pada mulanya nia mendapati bahawa ‘kembar’ itu merupakan kereta klon, namun Berita Harian melaporkan bahawa kenderaan yang dicuri.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan, berkata hasil pemeriksaan, kereta itu dilaporkan dicuri di Beserah, Kuantan.

“Kereta jenis Mazda 6 berwarna merah yang berkunci ditemui di kawasan letak kenderaan awam. Hasil pemeriksaan mendapati kenderaan itu menggunakan nombor pendaftaran palsu dan mempunyai status rekod kenderaan hilang.”

Bagaimanapun kenderaan tersebut telah dibawa balik anggota polis dari Balai Polis Bandar Baru Bangi yang bergegas ke lokasi pada jam 6.30 petang Ahad lalu untuk tindakan dan siasatan selanjutnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber : Lobak Merah

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri