Suami Kerja OT Siang Malam Kumpul RM10K Sebab Isteri ‘Demand’ Nak Bersal1n Kat Hospital Swasta

Pasti itu dilema yang acapkali bermain di fikiran para isteri khususnya yang bakal melahirkan anak.

Mendekati hari-hari untuk melahirkan cahaya mata, pasti si ibu akan memikirkan bagaimanalah proses lahirnya si anak itu nanti? bagaimanakan layanan dan servis yang diterima? adakah selesa bilik yang disediakan? dan bermacam lagi persoalan yang bermain di benak fikiran.

Justeru ramai yang memilih untuk melahirkan anak di hospital swasta meskipun terpaksa mengeluarkan fulus yang lebih.

Seperti yang dikongsikan Mohd Hilmi di facebooknya, kisah sepasang suami isteri, dimana si isteri ‘demand’ nak lahirkan anak di hospital swasta sehingga si suami terpaksa bekerja OT siang malam, kumpul RM10K.

 

“Ada encik, saya mmg ada bawa cash RM10,000 ni. OT siang malam ni encik nak kumpul duit ni”

RM10,000 yang dibawa tak cukup, muka suami berubah sebab itu je duit yang dia ada

Muka si suami berubah bila dimaklumkan yang RM10,000 merupakan bayaran perkhidmatan yang paling minimum, dan caj tersebut mungkin boleh meningkat bergantung kepada kes.

 

Duit tak cukup tapi suami tetap suruh proceed sebab isteri memang nak bersalin di hospital swasta tapi…

Hilmi kata dia dah cuba nasihat lelaki tersebut untuk bawa isterinya bersalin di hospital kerajaan sekiranya duit tidak mencukupi.

Namun suami tetap berkeras untuk isterinya bersalin di hospital tersebut meski tahu bayaran yang bakal dijelaskan selepas isterinya bersalin nanti.

Malah Hilmi sempat menasihati para isteri di luar sana supaya agar tidak terlalu mengikut trend bersalin di hospital yang ‘gah’ sekiranya tidak berkemampuan.

Ini kelengkapan yang ada di hospital swasta menerusi perkongsian Hilmi :

Delivery Suite/Labor Room untuk normal delivery.
*Complete with sofa, cupboard, attached bathroom, free WIFI & TV with Astro channels.

Single Room

*6 complimentary meals per day (3 mains, 3 snacks).
*Complete with sofa, cupboard, fridge, attached bathroom, free WIFI & TV with Astro channels.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber : Lobak Merah

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri