Personaliti Terkenal Ini Buat Gurauan Tak Kena Tempat, P@kai Gelang Pink Di Kedai Makan Mengvndang Rasa Kvrang Senang Orang Ramai

Bergurau. Semua orang suka bergurau kan. Selepas seharian penat bekerja atau belajar, gelak ketawa, bergurau bersama-sama kawan memang sesuatu yang menjadikan kita lebih ceria dan gembira. Bercakap pasal bergurau ni, ada satu istilah yang berbunyi, bergurau tu biarlah bertempat. Isu sensitif contohnya, tiba-tiba sahaja kita bergurau sesuatu yang tidak patut. Lagi, kita bergurau dengan seseorang tetapi tiba-tiba sahaja kena marah kan.Itu maknanya, kita kenalah pandai bergurau mengikut situasi kan.

Personaliti media sosial, Chazynash mengundang perhatian ramai apabila memakai gelang bewarna merah jambu ketika makan di sebuah restoran baru-baru ini.

Malah, Nash juga berkongsi video menunjukkan kelakuannya itu beserta permohonan maaf menerusi entri di akaun Instagram miliknya.

Dalam video tersebut, dapat dilihat pelanggan lain di sekeliling Nash kelihatan risau dan mula merakam tindakannya itu menggunakan telefon pintar masing-masing.

Namun rupa-rupanya, apabila seorang individu menghampiri Nash dan melihat gelang itu, ia hanyalah gelang yang dipakaikan oleh isterinya untuk mengelakkan dia keluar rumah, bukan gelang yang diberikan oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Lantas, pelanggan lain di restoran itu turut mentertawakan perkara tersebut.Meninjau ruangan komen entri berkenaan, ramai pengikut Nash berasa terhibur dengan bahan jenaka yang dipaparkan itu.

Pada masa yang sama, ada juga yang merasakan jenaka itu tidak bersesuaian kerana mengaitkan isu sensitif dan kesihatan.

“Kau ingat ni satu gurauan ke? Nanti makin ramai buat benda ni satu lawak!Steady.Take this video down, benda sensit1if macam ni tak sesuai dijadikan bahan jenaka.Lagi takut nak kahwin macam ni,” tulis beberapa pengikut.

 

View this post on Instagram

 

15/9/2020 – Sorry semua 🙏🏻

A post shared by Chazynash (@chazynash) on

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber :Gempak

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri