“Lama dah beli” – [VIDE0] Gadis Viral ‘Mengldam’ Lamb0rghini, Akhirnya Svami Tunaikan Janji

Bagi sese orang wanita yang sedang meng andung, kadang-kadang itu mesti akan ada benda yang mereka ‘mengidam’. Apa yang diidamkan tu baik daripada makanan, sampailah ada sesetengah kes itu mahukan benda yang susah ditemui mahupun mahal.

Pada awal bulan lalu, seorang wanita dikenali sebagai Ayuni telah viral apabila dia dikatakan ‘meng idam’ kereta mewah.

Mengidam Lamb0rghini 

Sesiapa yang mengikuti kisah ini, mesti tahu dengan cerita bahawa usahawan muda yang sedang mengandung ini mahukan kereta mewah Lamborghini dengan alasan bahawa baby dalam kandungannya yang mengidam

Dalam video yang tular sebelum ini, Ayuni bersama suaminya telah pergi ke sebuah pusat pameran kereta mewah untuk melihat kereta yang diidamkan itu. Dia juga telah merayu kepada suaminya dengan seolah mengatakan bahawa nilai RM 3 juta untuk kereta tersebut masih mampu diperolehi mereka.

Tak nak isteri kesayangan kecewa, suami yang bernama Ahmad Weldan itu meletakkan syarat supaya video mereka itu mendapat 100k likes baru dia belikan kereta itu untuk isterinya.

Suami Yuni penipu!

Selepas beberapa hari, video berkenaan telah mencapai target yang ditetapkan oleh suami Ayuni. Namun wanita berusia 19 tahun itu kata suaminya mungkir janji yang dah dibuat.

Oleh sebab itu, Ayuni jadi merajuk dengan suaminya sampai siap kata bahawa lelaki tersebut penipu.

“Alhamdulillah rezeki 6 bulan berniaga”

Akhirnya! Setelah hampir sebulan, si suami berjaya untuk menghadiahkan kereta ‘idaman’ isterinya itu.

Menerusi sebuah posting yang dimuat naik, menunjukkan Weldan nak buat surprise untuk isteri tercintanya itu. Dalam video tersebut, dia memanggil Ayuni untuk keluar rumah namun kedengaran seperti dia tak mahu ikut permintaan suaminya itu.

Lepas beberapa ketika, wanita itu ikutkan saja dan si suami buat-buatlah macam sedang bincangkan hal lain. Tapi Ayuni tiba-tiba tersenyum selepas dia terlihat kereta Lamborghini berwarna kuning yang dimahukan itu ada diluar rumah mereka. Siap ada riben besar lagi tu.

Perkara itu nyata membuatkan Ayuni teruja dan dia terus memeluk suaminya serta meloncat gembira. Rupanya, suami gadis berkenaan memberitahu bahawa dia dah beli kereta itu lepas mereka pergi ke pusat pameran kereta tersebut.

“Lama dah beli, masa kita gi tengok baru-baru ni,

“Beli dah dengan tuan kedai.” kata suaminya

Apa yang menarik perhatian, Ayuni siap pegang perutnya sambil berkata pada bayi dalam kandungannya itu bahawa dia dah dapat apa yang dimahukannya itu.

Posting video berkenaan telah mendapat perhatian ramai, dan sehingga kini ia telah meraih lebih dari 1 juta views di TikTok.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber : Tiktok

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "“Lama dah beli” – [VIDE0] Gadis Viral ‘Mengldam’ Lamb0rghini, Akhirnya Svami Tunaikan Janji"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*