[VIDEO] Pel1k Pasu Penuh Pasir, Pelajar Ditahan Lepas Gvgur & Tanam J4nin 7 Bulan Dalam Pasu Bunga Di Rumah Sewa

Gejala sosial yang melibatkan remaja hari ini terutamanya para pelajar dilihat semakin par4h apabila mereka seolah-olah tidak tahu membezakan sama ada kebaikan atau keburukan.

Baru-baru ini viral satu isu di media sosial mengenai seorang pelajar universiti dipercayai membuang jan1n berusia 7 bulan di dalam pasu bunga di rumah sewanya.

Tanam jan1n dalam pasu bunga

Foto: TikTok

Memetik laporan media tempatan, gadis berusia 25 tahun yang berasal dari Kalimantan Timur, Indonesia mengadu tidak sihat sebelum dia dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Semasa pemeriksaan, doktor mendapati pelajar universiti terbabit berada dalam keadaan yang sangat lemah selain mengalami pendarahan seperti baru sahaja mengalami proses kegugvran.

Benarlah peribahasa mengatakan sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua. Perbuatan tidak berperikemanusiaan itu akhirnya terbongkar apabila ada individu terhidu satu bau yang sangat busuk datangnya dari bilik sewa pelajar terbabit. Rupa-rupanya mereka menemui janin berusia tujuh bulan yang ditanam di dalam pasu bunga di rumah suspek. Lebih mengejutkan apabila mengetahui suspek tergamak meny0r0kkan jan1n itu dengan pasir selama dua hari.

Jumpa bahan bukt1

Foto: Merdeka

Hasil daripada pemeriksaan, pihak berkuasa berjaya menemui beberapa ubat untuk menggugurkan kandungan dan minuman berkarbonat di dalam bilik suspek. Menurut tuan rumah iaitu Arya Gunawan, suspek terbabit baru sahaja menyewa bilik tersebut selama dua bulan.

Jelas Arya lagi, dia langsung tidak mengesyaki apa-apa kerana suspek disifatkan seorang individu yang pendiam malah sering mengenakan telekung setiap kali keluar rumah. Difahamkan, pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kes ini selain untuk mengenalpasti punca sebenar pelajar terbabit bertindak sedemikian.

Video

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: TikTokMerdeka

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "[VIDEO] Pel1k Pasu Penuh Pasir, Pelajar Ditahan Lepas Gvgur & Tanam J4nin 7 Bulan Dalam Pasu Bunga Di Rumah Sewa"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*