“Timbunan Wang Tunai RM2 Juta Dalam Peti Ais,” Kejvtan Cardi B Sempena Hari Jadi Suami

PENYANYI rap Cardi B membuat kejutan luar biasa terhadap Offset bersempena ulang tahun kelahiran suaminya yang ke-28 pada Sabtu.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik ke laman Instagram milik Cardi, kelihatan Offset sedang duduk di sebuah kerusi sebelum Cardi membuat kejutan dengan meletakkan timbunan wang tunai berjumlah RM2 juta di dalam sebuah peti ais.

“Awak dah ada semua jenis kereta, dah ada pelbagai barangan kemas, dah ada banyak kasut dan awak dah miliki semuanya.

“Apa lagi yang saya boleh berikan kepada seseorang yang sudah memiliki segala benda?” soal Cardi yang kemudiannya memberi hint untuk Offset memandang ke arah peti ais yang berada di belakangnya.

Offset kemudiannya dilihat tergamam dengan hadiah yang diterimanya itu.

Offset menerima wang tunai berjumlah RM2 juta sebagai hadiah hari jadi ke-28.

Happy birthday! Oh, selepas ini jangan ingat tiada hadiah Christmas untuk awak.

“Ini hadiah bersempena hari jadi awak. I love you,” ujar Cardi.

Penyanyi lagu Bodak Yellow itu membuat keputusan untuk menghadiahkan suaminya itu wang tunai berjumlah RM2 juta kerana buntu dalam memikirkan barangan yang mahu diberikan kepada suaminya itu.

Menurut Cardi, dia memberikan wang tunai itu agar Offset boleh menggunakan ia untuk membeli apa sahaja yang diingininya selama ini.

 

View this post on Instagram

 

Little something something for the Birthday boy @offsetyrn ❤️ Y O U

A post shared by Cardib (@iamcardib) on

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber :mStar

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.