Petua Untuk Mudah Bangun S0lat Subuh. B0leh Amalkan Sebelum Tidur Supaya Senang Berjaga Awal Setiap Pagi

Saya sangat berkeyakinan, jika kita membulatkan tekad yang bersungguh-sungguh, tidak ada seorang pun yang boleh menghalang kita untuk bangun Solat Subuh.

Persoalannya, cukupkah azam di mulut saja tapi tidak mempersiapkan apa-apa untuk mencapai azam tu?

Contohnya, kalau tidur malam dah lambat, tidak pula memasang alarm atau pesan supaya ahli keluarga dan kawan-kawan kejutkannya, mana mungkin dia boleh mengatakan “Saya mahu solat, tetapi nak buat macam mana tak jaga juga dan tak dengar azan”. 

Kalau tiada keinginan yang kuat untuk bangun, jangan haraplah nak dengar azan. Bahkan kalau dengar azan sekalipun, tetapi tiada kesungguhan untuk bangun tetap ia tak akan bangun untuk solat.

(2) Jauhilah Dosa & Maksiat

Orang yang mudah bangun solat Subuh sudah tentu seorang yang berusaha menghiasi kehidupan hariannya di bawah naungan reda dan rahmat Allah.

Maksudnya setiap minit dan saat hidupnya akan berusaha melaksanakan kebaikan dan menjaga dirinya agar tidak membuat suatu perkara yang boleh mengundang kemurkaan Allah.

Apabila hatinya bersih dan diwarnai zikrullah, maka laungan ‘As-Solatu Khairam Minan Naum’ (solat lebih baik dari tidur) menjadi alarm untuk dia segera mencari reda dan kasih sayang Allah.

“Tapi tak mungkinlah kita bersih dari dosa dan maksiat. Hari ini kita kan terdedah dengan pelbagai maksiat di sana sini.”

Benar, maka banyakkanlah beristighfar mohon keampunan Allah dan jagalah diri dari melakukan maksiat yang ada di sekeliling kita.

Takkan bila maksiat di sana sini, kita jadikan alasan untuk turut membuat maksiat juga. Jadilah ikan di laut, walaupun dunia kehidupannya masin, tetapi isinya tidak masin.

Sebelum tidur, muhasabahlah diri dan mohonlah keampunan Allah atas dosa dan maksiat sama ada disedari atau tidak yang kita lakukan sepanjang hari itu.

(3) Banyak Berdoa

Doa itu senjata mukmin. Terus berdoa kepada Allah agar Allah ampunkan dosa dan memudahkan kita bangun untuk solat Subuh.

Seringkali kita lupa untuk berdoa sebelum tidur dan selepas bangun tidur. Berdoalah dengan penuh yakin dan tidak berputus harap dengan kasih sayang Allah.

(4) Tidur Cara Sunnah

Bila kita mengamalkan tidur cara Rasulullah SAW, memang ada keberkatannya. Posisi tidur ini, dengan izin Allah kita mudah untuk bangun bersolat Subuh.

Tapi bagaimana tidur cara sunah Rasulullah?

(i) Tidur lebih awal

Antara wasiat Baginda kepada umatnya ialah tidur selepas waktu Isyak. Tidur awal bukan dikhususkan untuk kanak-kanak sahaja tetapi kepada semua manusia.

Jika tidak ada apa-apa perkara yang ingin dilakukan, lebih baik kita naik ke katil lebih awal daripada menghabiskan masa dengan menonton televisyen dan lepak-lepak di gerai minum.

Bagi pelajar, kajian menunjukkan mengulang kaji pelajaran selepas solat Subuh atau bangun tidur awal pagi adalah lebih baik dari berjaga malam dan bersengkang mata.

(ii) Berwuduk sebelum tidur

(iii) Membaca doa

Baca doa sebelum tidur dan tiga surah (tiga Qul) ditiupkan pada tapak tangan dan disapukan di seluruh badan, ditambah ayat Kursi sebagai benteng dari diganggu oleh iblis dalam tidur kita.

(iv) Tidur di atas rusuk kanan dan mengadap kiblat

Berkenaan hikmah tidur di atas rusuk kanan, Imam Ibn Qayyim (anak murid Ibn Taimiyah) menjelaskan hati manusia terletak di sebelah kiri, maka apabila seseorang tidur di atas rusuk kiri, hatinya akan tertindih yang menyebabkan tidur menjadi nyenyak dan rasa berat untuk bangun.

Berbanding bila tidur di atas rusuk kanan, hatinya tidak tertindih seterusnya menyebabkan ia tidak terlalu nyenyak dan tenggelam dalam tidurnya.

(5) Jangan banyak makan sebelum tidur

Ini merupakan satu tip yang sesuai dengan syariat dan kesihatan. Perut yang terlalu kenyang akan menjadikan tubuh badan menjadi berat dan susah untuk bangun. Selain itu, jauhi daripada minum teh, kopi dan minuman bergas.

(6) Pasang jam penggera

  • Pasang alarm tepat pada waktu solat Subuh. Peringkat awal ini, cukuplah kita melatihkan diri untuk bangun tepat pada ketika Subuh telah masuk.
  • Selepas sudah membiasakan diri, berlatihlah pula bangun lebih awal agar kita boleh menunaikan ibadah qiamullail walaupun hanya sekadar 15 minit sahaja.
  • Usahakan memasang alarm yang mengeluarkan deringan kuat sama ada jam loceng mahupun handset.
  • Jangan sesekali memasang alarm menggunakan muzik lembut atau deringan biasa kerana ia bukan saja tak membangunkan kita bahkan akan membuaikan kita untuk terus tidur.
  • Memasang alarm dalam pelbagai waktu. Contohnya jika jam loceng dikunci pukul 6.17 pagi, alarm handset pula dikunci pukul 6.22 pagi sebagai persediaan takut-takut alarm pertama ditutup secara tidak sengaja dan sedar.
  • Tukarkan bunyi alarm dari semasa ke semasa.
  • Jauhkan jam loceng atau handset dari mudah dicapai oleh tangan. Adalah lebih baik letak di tempat yang agak tinggi atau pun di tempat yang perlu kita bangun dan berjalan ke arahnya.

Inilah sebahagian petua yang mungkin boleh membantu untuk bangun awal bagi menunaikan solat Subuh. Dengan izin Allah, jika kita berusaha bersungguh-sungguh, pasti Allah SWT akan mempermudahkannya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: mStar

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.