J0d0h Kekadang Datang Melalui Jalan Yang Tidak Didvga Selalunya Dekat Tetapi Tak Perasan

Assalamualaikum

Alhamdulilah masih lagi dapat bernafas di muka bumi pinjaman Allah, dan ucapkanlah syukur atas nikmatnya yang tak terhingga. Dalam hidup kita di uji dengan pelbagai dugaan, lagi-lagi sekarang ini semakin terasa apabila semua barang naik, lagi-lagi mereka yang mahu kawin tentu sekali kos akan meningkat. Untuk meredakan kekusutan yang melanda , hari ini acik nak kongsikan tentang satu pekara.
Jodoh itu memang rahsia Allah, semua orang tahu dan pastinya semua orang mahukan yang terbaik untuk jodohnnya. Semestinya mahukan yang solelah, solehah ,cantik, handsome, baik budi pekerti dan sebagainya.. Kalau di tanyakan kepada setiap manusia di muka bumi mesti dia ada ciri-ciri tertentu yang dia mahukan tentang pasangan yang di inginkan,walau tak banyak ,sedikitlah.  Kalau di catit satu-satu mesti semuanya mahu dapat kita ketahui.
Kita selalu katakan pada kawan-kawan dan ahli keluarga mahupun sesiapa sahaja :
Kalau ada siapa-siapa yang sesuai kau kenalkan dengan saya, mane tahu kalau berjodoh. Aku dah lama membujang nie
Kita selalu “expect” jodoh kita yang terlalu tinggi, dengan gayanya mahupun rupa parasnya. Edisi mencari kita teruskan , dari dunia nyata hinggalah ke dunia alam siber, tapi masih tak ketemui lagi. Puas juga mencari dan baru tahu susah jugak nak cari calon bakal isteri/bakal suami nie kan.
Kita terus mencari hingga akan tiba satu hari kita akan buntu, tapi dalam segenap hidup kita, pernah tak kita perhalusi untuk melihat orang yang  berada sekeliling kita? ada yang yang selalu ambil kisah tentang kita ? selalu ada untuk kita tiba ada masalah ? yang selalu bagi kita semangat ? ada tak ?
Kalau kamu perempuan tentulah dia lelaki dan kalau kamu lelaki dan tentulah dia kawan perempuan yang kamu rapat. Ada tak ?
kadang kala kita terlalu merenung terlalu jauh sangat , mencari hingga ke hujung benua sedangkan yang depan mata itu kita tidak nampak. Jodoh kekadang datang melalui jalan yang tidak diduga. Selalunya dekat tetapi tidak perasan.
Kadang itu orang sekeliling kita juga boleh jadi jodoh kita, mula-mula  bertembung masa nak pergi kedai mak cik bedah.. lepas itu berkenalan dan lama-lama terus kawin.
Cuba lihat orang sekeliling kamu, lihat satu persatu, kadang dia suka kamu dalam diam tetapi malu untuk meluahkan mungkin kerana kamu padanya sempurna dan tak layak untuknya.
Hargailah orang yang selalu ada untuk kamu, jika tiba masa kamu abaikan dia, jangan bersedih jika dia menjauhkan diri dari kamu. Hakikatnya jodoh apabila dua orang telah digariskan untuk dapat hidup bersama dan telah tertulis siapa yang menjadi Jodohnya dalam Kitab Lauhful Mahfudz maka  serapat  dan sejauh apapun mereka, sebanyak apapun rintangan yang menghalangi, sebesar apapun beza diantara mereka dan sekuat apapun usaha dua orang tersebut untuk menghindarkannya.
Walaupun mereka tidak pernah komunikasi sebelumnya, walaupun mereka sama sekali tidak pernah membayangkan sebelumnya  dan walaupun mereka tidak pernah saling bertegur sapa…Pasti !!!!!!!!!
Pasti tetap saja mereka akan bersatu seakan ada magnet yang menarik mereka akan ada hal yang datang untuk menyatukan mereka berdua akan ada suatu kejadian yang membuat mereka saling mendekat dan akhirnya bersatu
Paling penting jangan pernah penat untuk berdoa dan berusaha kepadaNya.
“Dan apabila hambaKu bertanya tentang Aku, maka jawablah bahawa Aku dekat. Aku mengabulkan doa orang-orang yang berdoa kepadaKu.. “(QS. 2:186)

 

Dengan ayat tersebut Allah memberikan harapan yang sebesar-besarnya bahawa setiap doa yang disampaikan padaNya akan dikabulkan. Allah tidak mungkin mungkir janji, siapa yang paling tepat janjinya selain Allah? Dalam sebuah hadis riwayat Abu Da­wud, Tarmizi dan lbnu Majah, Rasul pun bersabda tentang masalah doa,“Sesungguhnya Allah malu terhadap seseorang yang menadahkan tangannya berdoa meminta kebaikan kepadaNya, kemudian menolaknya dalam keadaan hampa”.
Pengajaran berikutnya yang dapat kita petik, ialah memu­puk sikap ‘sabar’ dalam meng­hadapi jodoh yang mungkin belum juga menghampiri kita padahal usia kita telah sema­kin senja. Firman Allah dalam Surah AI-Baqarah ayat 45,“Dan jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu, sesungguhnya yang demikian itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyu’, iaitu orang-orang yang meyakini bahawa mereka akan menemui Rabbnya, dan mereka akan kembali padaNya”.Sabar dan solat akan selalu membentengi kita dari desakan orang sekeliling dan godaan syaitan yang berharap kita salah langkah dalam ma­salah jodoh ini. Semoga ia memberi manfaat kepada kamu semua acik menaip hanya sekadarnya selebihnya adalah usaha kamu.