Majlis Ulama Rohlngya Mohon Maaf Kepada Seluruh Rakyat Malaysia

KUALA LUMPUR – Majlis Ulama Rohingya (MUR) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas kesil4pan melibatkan seorang daripada bangsa Rohingya yang didakw4 telah mengetengahkan beberapa tuntutan seolah-olah mewakili keseluruhan bangsa itu di Malaysia.

MUR dalam kenyataannya di sini berkata, pihakya telah meneliti setiap tuntutan yang didakw4 dibuat oleh Zafar Ahmad Abdul Ghani atas kapsiti sebagai Presiden Pertubuhan Hak Asasi Etnik Rohingya Malaysia (Mehrom) dan tular baru-baru ini.

Menurut MUR mereka sama sekali tidak menyokong tindakan tersebut dan menyifatkan ia sebagai tidak bertanggungjawab.

“Kami memohon kemaafan sepenuh hati kepada semua rakyat Malaysia mahupun kerajaan Malaysia atas kesalahan seorang daripada bangsa Rohingya  yang tidak pernah dilantik oleh mana-mana persatuan atau masyrakata Rohingya.

“Hal itu menunjukkan beliau bergerak secara individu atau mempunyai persatuan sendiri,” kata MUR.

MUR juga mendakwa Zafar tidak pernah mengadakan sebarang perbincangan dengan pihaknya dan persatuan lain.

Persatuan tersebut turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakyat Malaysia kerana sokongan berterusan terhadap kelangsungan hidup bangsa Rohingya di negara ini

“Sumbangan anda sangat dihargai oleh Rohingya di seluruh dunia,” katanya sambil meminta mana-mana pihak berurusan dengan persatuan atau individu yang benar-benar mewakili bangsa Rohingya di Malaysia.

Kelmarin Zafar dalam satu menafikan pernah mengeluarkan kenyataan seperti Melayu bodoh, menuntut hak kerakyatan penuh pelarian Rohingya dan mempertikaikan pihak penguatkuasa Malaysia menolak bot pelarian berkenaan daripada mendarat di negara ini.

Katanya, ekoran tuduhan tersebut beliau kini dianc4m dan diugvt sehingga terpaksa menyahaktif akaun Facebooknya.

“Akibat daripada tuduh4n palsu tersebut saya telah menerima pelbagai kec4man dan ugutan termasuk ugutan bunuh melalui telefon, whatsapp dan facebook saya. Kecaman dan ugutan yang saya terima rata-rata dari rakyat Malaysia.

“Usaha MERHROM untuk membantu pelarian dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) juga telah terhenti akib4t tuduh4n p4lsu ini berikutan isu keselamatan,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: MalaysiaGazette

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri