“Kenapa Aku Menangls, Kenapa Hidvp Aku Macam Ni? Mawi

Penyanyi dan pelakon Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani akui dia sendiri tidak memahami apa yang sedang berlaku ketika zamannya disanjung selepas menyertai Akademi Fantasia musim ketiga (AF3).

Mawi mendedahkan ketika itu, dia mempersoalkan hidupnya mengapa begitu kerana penerimaan daripada peminat yang menyanjungnya sangat luar biasa.

 

View this post on Instagram

 

. @ekinmawi_cahaya @aennrahmat05

A post shared by MAWI @ZAYAN.MY (@cahayaasmawi) on


“Saya tak tahu benda apa, saya tertanya dalam diri kenapa aku menangis, kenapa hidup aku macam ini?

“Pergi mana-mana terkejut lihat sampai baju kena tarik. Ya Allah ya Tuhanku kenapa kau bagi sampai macam ini sekali Ya Allah?

“Aku tak pernah minta macam ni, aku minta biasa-biasa je,” katanya.

Mawi mendedahkan kisah hidupnya itu di dalam segmen inspirasi bersama Mawi di Zayan.

Penyampai radio Zayan itu menceritakan perjalanan hidupnya daripada sebelum menjadi artis sehingga kini.

Dalam masa yang sama Mawi turut memberitahu mengapa dia pernah menyepi seketika.

Rupanya Mawi s4kit

“Saya hanya boleh beritahu ketika itu saya s4kit. Saya peru duduk sahaja di rumah.

“Ada juga orang panggil buat show tapi saya terpaksa tolak,” katanya lagi.

Ikuti luahan hati serta pendedahan istimewa Mawi di dalam video temubual di Instagram Zayan.

Juara AF3 itu menjadi satu-satunya penyanyi yang disanjung dan mempunyai pengikut serta peminat yang ramai serta menjadi kegilaan ramai beberapa tahun bermula 2005.

 

View this post on Instagram

 

Surat khabar lama yang berjaya diwarnakan hihi Tahniah Dino Daniel LJ 👍👏 . #1994 #26TahunLepas #Form1 #StayCute

A post shared by MAWI @ZAYAN.MY (@cahayaasmawi) on

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber:Gempak

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri