Dulu S3ksi Sekarang Tidak Lagi. Kilafairy Dedah Kenapa Tiba-Tiba Berhijab..

Imej s3ksi begitu sinonim dengan pelakon dan penyanyi, Kilafairy, 28. Bagaimanapun, 2020 menyaksikannya berubah dan menjaga penampilan diri.

Doa ibu bapa yang tidak pernah putvs, Kilafairy atau nama sebenarnya, Syakila Nisa Jahangir Khan akhirnya memilih berhijrah dan memakai tudung sempena keberkatan Syawal, sejak kelmarin.

Penghijrahannya itu sering dengan impian mahu berubah menjadi lebih baik dan memperbaiki diri, tahun ini.

“Saya percaya niat yang baik akan dipermudahkan. Hati saya terbuka mahu mengenakan hijab. Saya membulatkan tekad tanpa tekanan mahupun paks4an sesiapa.

“Semoga penghijrahan ini mendapat keberkatan. Apa yang lebih diharapkan saya kekal istiqamah,” katanya kepada BH Online.

Penghijrahan Kilafairy sering dengan impian mahu berubah menjadi lebih baik dan memperbaiki diri tahun ini. – Foto Kilafairy

Awal tahun ini, anak kepada penyanyi era 1980, Rohana Jalil membuang imej s3ksi dan mula berpakaian sopan secara perlahan-lahan. Kini, pengusaha produk kesihatan itu sudah terbiasa dengan gaya terbaharu.

“Perubahan ini seiring dengan peningkatan usia dan kematangan diri. Saya percaya dalam hidup kita tidak boleh terus berada di takuk lama, perlu ada penghijrahan.

“Saya berhasrat mahu menjadi insan lebih baik daripada sebelumnya. Sudah enam bulan saya menjaga penampilan diri, nyata saya selesa,” katanya pelakon filem Karak dan Hoore! Hoore! itu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber:BH online

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri