“Ambil Sahaja Tak Perlu Bayar” Ustaz Ebit Bvka ‘Food Bank’ Khas Untuk G0longan Susah

Terkenal dengan sifat pemurah dalam menyalurkan bantuan kepada golongan yang tidak bernasib baik, baru-baru ini pendakwah selebriti, Ustaz Ebit Lew telah mengambil satu lagi inisiatif baru dalam kerja amalnya.

Mempunyai 10 cawangan pasar mini Elewsmart di sekitar Lembah Klang, Selangor, Ustaz telah mengambil satu langkah baru dengan membuka FoodBank di setiap cawangan berkenaan.

Free jer, ambil sahaja

Tujuan adalah untuk memberi kemudahan buat sesiapa sahaja golongan yang memerlukan, mendapatkan bekalan makanan tanpa perlu membayar.

“Di setiap elewsmart ada FoodBank. Mereka yang benar perlu boleh ambil sahaja. Free je. Tanpa mengira bangsa dan agama…”

 

View this post on Instagram

 

Doakan yer…FoodBank di semua cawangan @elewsmart menjadi asbab seramai mungkin orang dapat dibantu. Inilah antara niat saya mula-mula dulu buka elewsmart. Ingin cawangan elewsmart di setiap tempat. Di setiap elewsmart ada FoodBank. Mereka yang benar perlu boleh ambil sahaja. Free jer. Tanpa mengira bangsa dan agama. Buat mereka ingin memberi juga boleh. Setiap hari elewsmart akan letak semua barang asas di rak ini. Saya ingat dulu selalu tiada duit nak makan. Semua gaji niat beri dekat mak ayah di kampung. Sebab masa tu keluarga susah. Pernah sekali masa kerja orang selit rm2 dalam poket. Gembira sangat rasa. Sebab boleh makan nasi. Kami juga akan terus cari mereka yang memerlukan untuk dibantu. Semoga Allah permudahkan semuanya-ebitlew Saudaraku disebalik ujian ada rahmat FoodBank Take What You Need Give What You Can

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on


Semoga Ustaz Ebit terus dimurahkan rezeki dan niatnya untuk melaksanakan ‘foodbank’ di semua cawangan pasarayanya menjadi realiti.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber :Ebit Lew

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri