Kerja Ker@s Demi Adik2 Sekolah, Pemuda Terharu Rakan Sepakat Beri iPhone

Seorang pemuda yang bekerja di sebuah syarikat di Indonesia tular di media sosial selepas video kisahnya dimuat naik oleh seorang pengguna Tiktok, @bondanprasetyo02.

Menerusi rakaman video itu, pengguna tersebut menceritakan terdapat seorang ‘office boy’ yang telah bekerja selama dua tahun di pejabatnya.

Pemuda berkenaan menjadi ‘tulang belakang’ untuk keluarga di kampung termasuk perlu membayar yuran sekolah adik-adiknya setelah mendapat gaji.

Disebabkan tanggungjawab itu, dia sukar mengumpul duit bagi membeli serta memiliki telefon bimbit khususnya untuk bertanya khabar keluarga.

Justeru, @bondanprasetyo02 dan rakan sekerja sepakat melakukan kejutan dengan menghadiahkan sebuah telefon bimbit supaya pemuda itu dapat berkomunikasi dengan keluarganya.

Ketika selesai solat dan sedang berehat di dalam stor, @bondanprasetyo02 perlahan-lahan mengejutkan pemuda berkenaan sebelum memberikan telefon bimbit jenama iPhone tersebut.

Ketika aksinya dirakam, kelihatan pemuda tersebut membuka kotak telefon bimbit itu sebelum menangis terharu dengan pemberian tidak ternilai daripada rakan-rakan sekerjanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber : @bondanprasetyo02

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri